UBK

                                                                       VISI


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju  utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.


                                                     MISI



untuk merealisasikan visi , kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran  intelek ( IQ ), emosi yang tinggi ( EQ ) dan berakhlak mulia.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. 
                                                                   FALSAFAH 


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan ,  berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat , negara  dan keluarga '.