PRS




                                                    PRS

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya , terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh   Malaysia pada tahun 1987.


                                                                       VISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani , emosi ,rohani dan intelek dan cemerlangb berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

                                                       
                                                     MISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

                                                           
                                                               MATLAMAT

  • Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar
  •  Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan
  • Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbang rasa, rela taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. 
      
                                       PERANAN DAN FUNGSI 

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah.Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.