Thursday 27 October 2011



 BENGKEL OUTREACH MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2011 

Bengkel 'Outreach' Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang diadakan di Hotel Selesa , Pasir Gudang selama tiga hari dua malam. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang pada 19 hingga 21 Oktober 2011. 







 

Program ini betujuan untuk menggalakkan para pelajar menggunakan ICT sebagai medium penyampaian maklumat menerusi penghasilan laman blog Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Program ini sedikit sebanyak dapat memberikan input yang positif kepada para pelajar serta mengenali dunia blog di zaman yang semakin membangun ini. Pihak  Jabatan negeri Johor amat berharap agar para peserta yang terlibat dapat menjadi ' bench mark ' kepada sekolah-sekolah yang lain di daerah mereka.