SMKAS

  Sejarah Ringkas Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat merupakan sebuah sekolah harian berasrama yang telah dibangunkan di suatu kawasan seluas 28 ekar milik kerajaan, kira-kira 5 km dari bandar Segamat. Ia merupakan salah sebuah dari empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Johor. Sekolah ini dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) bagi memenuhi matlamat mengimbangi antara pendidikan sekular dengan pendidikan Islam. Sekolah ini mula dibangunkan pada awal 1987 dan mulai beroperasi pada 3 Januari 1988. Pada tahun 2000 sekolah ini telah terpilih dalam Projek Rintis Sekolah Bestari dan telah menjadi Sekolah Bestari sepenuhnya pada tahun 2003.
Visi

SMK AGAMA SEGAMAT SEKOLAH BESTARI
YANG GEMILANG PADA TAHUN 2010
Misi

MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI MELAHIRKAN MURID BESTARI YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA, BERAKHLAK MULIA, BERKETRAMPILAN, KREATIF, INOVATIF BERTERASKAN FALSAFAH SMKA SELARAS DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Objektif SMKAS

1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
5. Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbagan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan Ummah

Falsafah SMKA Segamat
Setiap insan dilahorkan suci, bersih. Sesungguhnya tarbiyah berperanan dalam membentuk insan-insan yang bertakwa, dengan sekolah sebagai tempat di dalam melahirkan warganegara yang baik dari segi akademik, sosial rohani, jasmani dan akhlak.

                                                   Lencana Sekolah 
                                                             
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat telah direka oleh seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia dicipta pada tahun 1989 berikutan dengan pembukaan sekolah ini.
Lencana ini mempunyai reka bentuk yang bermiripkan ciri-ciri Islam bersesuaian dengan nama sekolah dan hasrat penubuhan sekolah ini.
Bentuk kubah menunjukkan ciri-ciri Islam. Di tengah-tengah kubah ini terdapat lambang buku yang menunjukkan bahawa buku memainkan peranan penting di samping perkataan "Iqra" yang merupakan teras perkembangan kepada Islam.
Keris pula melambangkan ketuanan Melayu dan para pelajar Melayu yang beragama Islam.
Bintang-bintang di tengah-tengah melambangkan ciri-ciri Islam yang padu dan kerjasama yang erat antara tenaga pengajar dan para pelajar.
"Ilmu, Iman dan Amal" adalah merupakan motto sekolah ini. Ilmu bermakna pelajar datang untuk menuntut ilmu. Para pelajar dan pengajar beriman kepada Allah dan mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari samada ilmu akademik atau pun ilmu agama.

No comments:

Post a Comment